Sunday, June 14, 2009

Pergantungan

DARI PENA BULUH

Aku memandang alur sungai ini, anginnya membawa cerita-cerita manusia. Ada gurindam yg ingin aku sampaikan pd mereka. Ada yg berhajat pada kerja, ada yg berhajat pada perniagaan, ada yg berhajat pada pangkat, ada yang berhajat pada berkahwin. Terlalu ramai yg berhajat pada manusia, sikit sangat kepada Tuhan. Ingatlah tuan-tuan, ada manusia yg Allah serahkan urusan mereka padaNya, ada pula yg Allah serahkan pada manusia. Terpulang pada siapa yg memulangkan tujuan hajat. Yg pada Allah bergantunglah mereka pada Allah, yg pada manusia bergantunglah mereka pada manusia. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Dalam pada itu, ada guru yg mursyid lagi siddiq, yg pada dadanya terdapat rahsia-rahsia dunia akhirat yg dalam-dalam. Tidak kurang juga yg bertemu Guru, meminta didoakan. Maka Yang Mulia itu mendoakan pd anak-anak muridnya semoga selamat. Maka ada yg berjaya, ada pula yg tidak. Yg meminta tidak tercapai kerjanya, yg berkeinginan tidak dapat perniagaannya, yg berpangkat tetap pd pangkatnya, yg merancang masih menunggu tarikh pelamin. Ada yg sedih, ada yg kecewa, tp sedikit-sedikit yg putus asa. Begitulah ajaran YM Tuan Guru pd anak murid kesayangan yg mahu diambil amal, kata Yang Mulia “kita boleh sedih dan kecewa; tetapi jangan PUTUS ASA kerana orang MUKMIN tidak boleh putus asa”.

Ingatlah wahai tuan-tuan, di dalam berhajat itu ada yg dapat, tapi tak berjaya; tak dapat, tapi berjaya; tak dapat, tak pula berjaya; dan dapat lagi pula berjaya. Tuan-tuan yg lebih tahkik dgn ilmu, maka fikirlah sedalam-dalam perdu hati yg hidup diantara empat itu yg manakah dikatakan peringkat “selamat”. Kadang-kadang kita dapat, tapi sebenarnya dapat kita itu akan melalaikan. Kekadang pula kita tak dapat, tetapi kerana tidak dapat itu kita berjaya dari terlalai. Alangkah malangnya pada mereka yg tidak ada pd tangkal dunia, dan tidak pula pd akhirat; dan beruntunglah pada mereka yg dilindungi oleh Allah didunia dan akhirat. Kerana pada mereka itu pergantungan yg nyata pada Tuhan mereka. Kata Guru “Tidaklah baik kerana dunia, akhirat ditinggalkan, juga tidak akan baik kerana akhirat dunia diabaikan. Ambillah kedua-duanya”.

Pergantungan yg sebenar-benar pergantungan, yg digigit kuat dgn gigi geraham pemahamannya. Kadang-kadang yg berusaha mengira-ngira usaha mereka, yg berdoa mengira-ngira doa mereka. Apakah mereka kira dgn usaha itu keputusan dari segala sesuatu? Malanglah bg orang yg bergantung pd amal, dan menyebut-nyebut amal mereka dgn suara yg lantang. Yg bergantung pd ilmu, lalu tidak bijak bersembunyi di sebalik ilmunya. Paling biadap apabila menyebut-nyebut pula walaupun hajat sudah didoa Guru, masih juga tidak dapat. Padahal Guru itu berkehendakkan selamat, bukanlah hebat. Fahamlah sebenarnya-benarnya maksud pergantungan itu, tuan-tuan juga faham didalam sedikit isi ucapan “Bismillah hir rahman nir rahim” dan “Lahaulawala quwata illa billah” itu. Tidak terpakai amal oleh keputusan itu, tidak terkesan Tuhan oleh sembahyang itu, terbatallah ikhlas yg tiada ihsan. Apabila disitu, maka akan redha lah tuan-tuan, walaupun usaha dibalas atau tidak. Asalkan diselamatkan, asalkan dipimpin oleh Allah; Yg Maha Mengetahui sifatNya. Kata guru dulu, “tunduklah badan dan hati, dan tidak hanya badan, kerana bila kita mengangkat bendera putih maka disitulah Allah akan pimpin kita”.

Wahai tuan-tuan, aku terjumpa didalam Cekak Hanafi barang-barang yg sgt banyak mengajar erti hidup, yg dapat dilihat oleh dua mata dan hati bg yg dihidupkan, berbanding bernyawa tetapi tidak pula celik. Maka ada pula dikalangan aku ini yg sangat lokek pd wang, lokek pd masa, lokek pd tenaga, sehinggapun pd perjuangan. Padahal semua itu atas keizinan semata-mata. Pernah dulu YM Tuan Guru bertanya “Pernahkah kamu melihat sahabat-sahabat yg mengorbankan wang utk perjuangan Nabi dulu? Adakah antara mereka yg miskin papa kedana? Dibawah Muhammad Rasulullah itu lahirnya 10 org jutawan. Tetapi, Nabi sendiri bukan.” Apalah kita bergantung pd wang utk hidup? Sehingga begitu sekali takutnya. Wahai tuan-tuan yg tahkik, perbandingkanlah antara wang dan ilmu pd pertimbangan yg dalam. Manakah yg lebih berat timbangannya? Malanglah mereka yg mahukan gelaran pangkat, tetapi terlalu sedikit bekerja atas namanya. Yg luas telinga dan matanya apabila dipuji org, tapi buta pekak dan tuli apabila diminta bantuan dan diberi pandangan.

Sesungguhnya Cekak Hanafi ini, dan Gurunya, sgt banyak mengajar tentang pemandangan hidup dan adab. Mengajar sesuatu yg ada pulang pulihnya, yg dapat pula selamat. Jangan asyik memandang kuman jauh diseberang, kerana aku ini pun terlalu banyak dosa nya, yg miskin berbanding Maha Kaya, yg tidak ada apa-apa berbanding Maha Mengetahui, yg terlalu rendah berbanding Maha Agung, yg bodoh berbanding Maha Bijaksana. Begitulah ajaran YM Tuan Guru. Ambillah pengajaran dr Yang Mulia ini utk diamal seluruh hidup. Kenal lah Cekak Hanafi ini seperti tuan-tuan mengenal huruf Alif, Ba, Ta, dr huruf dapat membuat perkataan, dr perkataan menjadi ayat, dr ayat menjadi syair, gurindam, pantun dan sebutan-sebutan yg indah. Begitulah juga lah Cekak Hanafi ini jika diseluk perdu-perdunya, akhirnya berbalik pd hati, yg pergantungannya hanya pd Allah. Apabila duit bukan lagi dikejar, tapi dicari. Terjadilah ia nya rezeki. Apabila wang didalam poket, dan bukan lagi didalam hati. Apabila anak-anak terus-terus mendoakan ibu bapa. Apabila anak murid mendoakan Guru nya. Di situ lah nanti timbulnya keramat, hikmat dan berkat; yg menjadikan kenalan kepada kawan, dari kawan menjadi sahabat.

Wahai tuan-tuan, tidaklah pena aku ini menulis barang hal yg terlalu dalam sifat pemahamannya, tidak pun sampai ketengah laut, hanyalah pada batu-batu kecil yang terlalu benar sikitnya. Hanyalah pokok-pokok hati untuk memperbetulkan niat, menjelaskan matlamat dan semoga tetap dibelakang perjuangan bersama-sama. Moga-moga adanya segerak, senafas, seguru. Tulisan yg hanyalah dari seorang tua pohon sungai makin luput umurnya, yg mengharapkan selamat nyawanya, ibu nya, bapa nya dan Guru nya YM Md Radzi Hj Hanafi.

Jika ada lagi umurku, akan pekat lah pena buluh ini lagi nanti.

~si tua~

Monday, April 27, 2009

Exclusive Cekak Merchandise Item: Multi Purpose Mat



Keluaran
TERHAD untuk masa yang SINGKAT

NAMA ITEM: Multi purpose pad CEKAK EDISI TERHAD(mousepad/ placemat/ dashboard mat)
UNIT: TERHAD (cetakan sebyk 100 unit dan tidak akan diulang cetak..tinggal kurang 50 unit)
VARIASI: Premium Red dan Premium Blue
KUALITI: HIGH, IMPORTED, POLYSTER, WASHABLE, Insyaallah tak menyesal.
HARGA:
RM25(promosi - boleh runding lagi!!) , RM27.90(harga biasa)





TAWARAN HEBAT: RM 20 (limited time only!!!!!!)



Kenapa anda perlu memiliki CEKAK HANAFI Multi-Purpose Pad/Mat?


1-Sebagai mousepad / placemat pad UNIK yang tidak mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja.Tidak juga dijual di LowYat atau dimana2 sahaja kecuali di MMU cyberjaya.

2-Berkualiti tinggi dan sangat serbaguna sekiranya;
  • digunakan sebagai mousepad, anda akan berpuas hati dengan sensitivity tetikus anda.
  • alas dashboard di kereta anda.Menambahkan kecantikan kereta anda.Juga boleh digunakan sebagai satu cara promosi yang interaktif.
  • alas cawan dan gelas.Menarik minat tetamu dirumah atau dibilik anda.Juga satu cara memperomosikan silat cekak hanafi.

3-Sebagai medium dan apparatus promosi untuk menarik ahli2 baru.Mungkin sudah bosan dengan cara promosi banner dan bunting, maka dengan penggunaan mousepad ini, merupakan satu pendekatan baru yang anda boleh fikirkan.

4-Dengan membeli Premium Item ini, anda secara tidak langsung telah membantu Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi bagi menjana kewangan untuk memudahkan pergerakan persatuan.

Jika anda berminat untuk memiliki Cekak Hanafi Multi-Purpose Pad ini atau ingin melihat sample, anda bolehlah menghubungi Person In-Charge di bawah atau email kepada ask_what23@yahoo.co.uk.




Alumni MMU Cyberjaya:

BERN - ask_what23@yahoo.co.uk - 012-349 2177
MAILAL - my_yatie@yahoo.com - 012-698 2177

FAIZ - adamfirdause@yahoo.com - 012-286 2177
SHIDE - tengkukacaq@yahoo.com - 017-2000119
HANAFI - napie_f@yahoo.com - 012-613 6392

MMU Cyberjaya
Cima - cma02keyell@yahoo.com - 013-352 9545
Ezwan - nawez108@yahoo.com -013-672 6332

Dapatkan Cekak Hanafi Multi-Purpose Pad ini SEKARANG JUGA!!

http://alumnicekakcyber21.blogspot.com/#



Tuesday, April 21, 2009

Harimau, Buaya , Tikus, Tali dan Madu

Mungkin anda pernah membaca kisah ini,tp itu tidak bermakna anda tidak perlu membacanya sekali lagi...Satu renungan...untuk semua.

__________________________________________

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Sunday, March 29, 2009

wajadiri tshirt 2009


t shirt design untuk penyokong wajadiri sarawak 2009.

Kursus Kecemerlangan Tenaga Pengajar

Untuk pengetahuan para sahabat semua, pada 28 & 29hb ini telah diadakan Kursus Kecemerlangan Tenaga Pengajar di Kompleks Rakan Muda, Klang. Program ini akan berlangsung selama 2 hari.


Saturday, February 28, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Assalamualaikum,

Sambutan Maulidur Rasul 1430H bersamaan 9 March 2009 akan di adakan di rumah baru persatuan silat cekak pusaka hanafi yakni di taman melawati.

info akan di update segara.
terima kasih

Sunday, January 11, 2009

Pameran Senjata Tradisional 'Misteri & Kesaktian'

Tarikh: 16 Disember 2008 - 20 April 2009
Lokasi: Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia

pameran ini sgt bagus di lawati bagi sesiapa yang ingin menambah ilmu mengenai senjata tradisional di Alam Melayu.
nusantara dan sekitarnya, antara yang dipamerkan termasuklah senjata silat kita.
nak tau senjata yg mana? dipersilakan melawat pameran ni.

juga terdapat pameran amalan2 mistik yang berkaitan dengan senjata2 tradisional alam melayu
demonstrasi keris berdiri, demo silat dari indonesia, demonstari membuat senjata dan lain2.
ada juga gerai2 menjual senjata, menerima tempahan senjata dsb.
kepada member2 tamat yang ingin menempah pisau atau senjata
ataupn kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi & survey.

antara yang paling menarik adalah satu2nya gerai senjata yang mempamerkan sebilah senjata rahsia silat kita
yang berusia 100 tahun +/- . harap2 ade lagi jika belum terjual.

sounds interesting kan? hehe.. silelah pergi melawat jika ada masa terluang.
and the best part is.. entrance is FREE!

sekian, harap maklum.

sumber: ummum